New Zealand-Day 7 with Mytv3
Yo! apa khabar semua? hari ini nak cerita pasal sambugan
So sempat
tak korang tengok gelagat kami berdua di kaca tv Ahad lepas? Apa macam? Sempoi
tak? Takde skrip tau..crew mytv3 memang terbaik..suruh kami be natural..so apa
lagi..natural lak.kamera dah mcm kawan kami..Pada mulanya ayat memang tersasul,
semua berterabur tapi sebab takde stress, ditambah dengan keajaiban
persekitaran, kami mula berjinak jinak dengan kamera secara
spontan..hehehe Okay nak sambung hari ke
7 kami di bumi NZ. Hari ini kami akan melawati salah satu tempat yang amat
indah dengan kehijauan serta alam semulajadi yang pastinya membuat kami
terpukau dengan keasyikkan. Sebelum sampai ke destinasi seterusnya kami sempat singgah ke salah satu tasik tercantik dengan perasaan yang aman dan tenang
nantikan album terbaru kami |
So selepas
sarapan pagi, kami bertolak ke Mount Cook dari Bandar Christchurch yang
mengambil masa lebih kurang 2.5 jam. Setelah sampai di perkampungan Aoraki
Mount Cook (3,754 m dari aras laut),
kami terus terpegun! Berdasarkan lagenda Kaum Maori, Aoraki (dikenali sebagai
puncak tertinggi di NZ) merupakan seorang budak lelaki yang terkandas di dasar
laut dengan perahunya, Te Waka a Aoraki. Aoraki dan abang-abangnya cuba untuk
memanjat ke tebing yang lebih tinggi tetapi angin selatan yang sejuk telah
membekukan mereka dan bertukar menjadi batu yang menghasilkan Banjaran Alps/Ka
Tiritiri o te Moana. Pada tahun 1851, Captain JL Stokes yang berlayar ke arah
Barat Daya menemui puncak tersebut dan menamakan ia sebagai Mount Cook, sempena
memperingati Kapten James Cook. Itulah alkisahnya..
Okay sampai
je kami di sana, kami terus makan tengah hari..pizaaaaa..
Tahu tak
mana kami akan bermalam malam ini? The Hermitage Hotel! Hotel bertaraf 5
bintang yang terkenal sebagai pusat pelancongan semenjak 1884 (Qualmark for
star plus and Enviro-gold rating) Tahu apa yang lebih menarik? Buka je langsir
woaaahhhh terus Nampak puncak Mount Cook berdiri dengan megah dan tersergam
indah! Selepas check in, kami pun berehat sambil menunggu untuk aktiviti
seterusnya…aaahhh..cuba teka apa dia?
Bukan
sahaja peluang keemasan ini banyak memberi saya pengalaman serta kenangan yang
pasti menjadi salah satu detik indah dalam hidup saya, tapi banyak juga ilmu
yang dapat saya belajar dari situ. Apa yang paling penting ialah saya memang
enjoy tahap gaban di sana.
Jika ada
salah dan silap, mohon maaf ya..10 hari mungkin singkat rasanya untuk mengenali
sesuatu tempat mahupun orang tapi bila hati terbuka, keindahan alam hanya boleh dinikmati dengan kepuasan. Terima kasih!!!