New Zealand-Day 2 with Mytv3

Mulakan hari indah dengan sarapan pagi.tak sabar menanti aktiviti seterusnya -kami nak pergi 'cruise' dan kalau bernasib baik..harap harap dapat melihat dolphin paling KECIL di DUNIA, Hector Dolphin di mana ia hanya boleh dijumpai di sini kat Akaroa..

perjalanan dari Christchurch ke Akaroa mengambil masa dalam 1.5jam. kami singgah di Little River untuk sesi bergambar jap. dengan cuaca yang baik, penggambaran berjalan dengan lancar sekali. Selepas itu, kami ke Akaroa. Perut pun dah lapar jadi kami makan dulu..terbaik punya seafood chowder serta gabungan makanan laut termasuk kupang, ikan salmon, ikan dory, salad dan pelbagai lagi. Habis jer makan, terus ke harbour untuk menaiki kapal yang akan membawa kami ke tengah laut agar berpeluang untuk melihat sendiri dolphin Hector ni.

Walaupun air laut yang bergelora serta ombak besar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami kerana bukan senang nak lihat dolphin hector. Tunggu punya tunggu, akhirnya muncul jugak dolphin Hector..5 ekor ke semuanya..chomel..siap nak bermanja manja dengan kapal kami.
Next, kami singgah jap rumah unik yang dihuni oleh seorang artis berasal dari Paris, JOsie Martin. Rumah tersebut sangat terkenal di sana yang juga dikenali sebagai The Giant's house. tak sah kalau tak singgah jap. Menarik, tertarik dan terdetik untuk memetik!hehe chewah.. macam rasa kat wonderland pun ada. sungguh ceria dengan background muzik yang indah dan udaranya yang nyaman.
Lepas itu, kami pun check in kat Akaroa Village Inn..pergh! bilik macam rumah mewah tepi pantai! sungguh menakjubkan dengan kemudahan serba lengkap..ada mesin pembasuh dan dryer sekali. ruang dapur yang cukup besar, balcony siap dengan tv 50 inch di ruang tamu. woaaahhhhh...Yang penting setiap tempat penginapan yang kami tinggal memang terbaik punya lah.
Peluang keemasan ini memang betul betul mengujakan! okay tak nak cerita panjang...tunggu untuk our next adventure! kalau ada wifi--i cuba update mana yang boleh..:)





bye for now..with love from Christchurch, New Zealand!
Previous
Previous

New Zealand-Day 3 with MYTv3

Next
Next

New Zealand-Day 1 with MYTv3